Mohd Anuar stabil, dinasihat supaya berehat

Mohd Anuar dilaporkan pengsan semalam, kini berada dalam keadaan stabil.
Mohd Anuar dilaporkan pengsan semalam, kini berada dalam keadaan stabil.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dilaporkan pengsan semalam, kini berada dalam keadaan stabil.

Setiausaha Sulit Kanannya, Muhamad Maznillah Muhammad berkata, Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) itu dinasihatkan oleh doktor supaya mendapatkan rehat secukupnya.

"Datuk (Mohd Anuar) masih di hospital dan dalam keadaan stabil. Beliau boleh bercakap seperti biasa dan tidak mengalami sebarang masalah atau apa-apa komplikasi.

"Buat masa ini doktor belum memaklumkan bila beliau boleh keluar wad," katanya.

Beliau juga mengesahkan Ahli Parlimen Temerloh itu tidak perlu menjalani sebarang pembedahan.

Semalam, media melaporkan Mohd Anuar dikejarkan ke HKL selepas beliau pengsan dan dikatakan mengalami pendarahan otak tetapi doktor memutuskan bahawa tiada sebarang pembedahan perlu dijalankan ketika ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: