55 mangsa masih berada di PPS Batu Pahat

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 55 mangsa daripada 13 keluarga masih ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Batu Pahat setakat jam 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata, bilangan itu yang tidak berubah sejak tengah hari semalam membabitkan penduduk dari Kampung Sungai Kajang, Bagan dan kawasan sekitar Kompleks Peladang Batu Pahat Tongkang Pecah.

“Seramai 16 mangsa daripada tiga keluarga berada di PPS SK (Sekolah Kebangsaan) Sungai Kajang dan 39 mangsa daripada 10 keluarga lagi berada di SK Seri Binjai,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Petang semalam,159 mangsa daripada 36 keluarga turut masih berada di dua PPS di Pontian iaitu SK Sri Bukit Panjang dan SK Kampung Parit Hj Adnan namun menjelang malam, kedua-dua pusat itu ditutup dan kesemua mangsa terlibat dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. - Bernama

Artikel Berkaitan: