Cepat, mudah jerat peniaga pinjam ah long

Anggota polis IPD Pasir Puteh dan MDPP menunjukkan sebahagian daripada gegantung iklan pinjaman ceti haram atau ‘ah-long’ yang berjaya diturunkan dalam operasi di sekitar bandar ini.
Anggota polis IPD Pasir Puteh dan MDPP menunjukkan sebahagian daripada gegantung iklan pinjaman ceti haram atau ‘ah-long’ yang berjaya diturunkan dalam operasi di sekitar bandar ini.
A
A
A

PASIR PUTEH - Kelulusan cepat dan mudah menjadi tarikan kepada peniaga di jajahan ini untuk membuat pinjaman ah long tanpa berfikir panjang kesan yang bakal diterima.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, laporan yang diterima mendapati kebanyakan peniaga yang membuat pinjaman ah long mempunyai masalah kekurangan modal untuk menggerakkan semula perniagaan.

“Semua gara-gara mahu ‘menyelamatkan’ perniagaan mereka selepas berdepan masalah modal.

"Sebanyak 90 peratus mangsa ah long terdiri daripada peniaga dan ramai yang tidak serik untuk berbuat demikian,” katanya pada sidang media berhubung operasi itu di sini hari ini.

Menurutnya, polis mengambil serius masalah ah long dan setakat ini tujuh operasi menurunkan iklan berkaitan pinjaman telah dilakukan di seluruh daerah Pasir Puteh.

Katanya, operasi itu digerakkan dengan bantuan anggota penguatkuasa Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP).

“Kebanyakan iklan dipasang di pokok, tiang lampu, premis perniagaan dan lokasi strategik bagi menarik perhatian umum,” katanya.

Mohd Azmir berkata, selain peniaga golongan yang terdesak memerlukan wang turut dikesan mendapat khidmat ah long.

Artikel Berkaitan:

Katanya, polis akan terus melakukan operasi mematahkan kegiatan tersebut.