Jangan jadikan isu: Zulkefly

Tular di media sosial yang mendakwa penganjuran program Mantai Harapan Prihatin cubaan untuk mensabotaj program FAMA Negeri Sembilan.
Tular di media sosial yang mendakwa penganjuran program Mantai Harapan Prihatin cubaan untuk mensabotaj program FAMA Negeri Sembilan.
A
A
A

SEREMBAN - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Zulkefly Mohamad Omar berharap program anjurannya di Lenggeng pada 2 November depan tidak dijadikan isu.

Ia berikutan tarikh penganjurannya sama dengan program Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Lenggeng.

Menurutnya, program Mantai Harapan Prihatin itu sudah bermula sejak Disember tahun lalu pada setiap minggu pertama sehingga kini.

"Kita anjurkan sejak Disember tahun lepas hingga Jun tahun ini dan dua bulan selepasnya kita bercuti sekejap susulan saya pergi menunaikan haji dan persidangan Speaker di Uganda,

"Susulan itu, program sama disambung semula pada minggu pertama dan kebetulan jatuh pada 2 November. Persiapan telah dibuat dan saya harap ia tidak dijadikan isu malah semua maklum mengenai program ini sejak Disember," katanya kepada Sinar Harian selepas diminta mengulas mengenai dakwaan mensabotaj program FAMA.

Beliau berkata, sesiapa pun boleh datang ke program anjurannya di Dataran Lenggeng dan program FAMA di Kampung Rawa, Lenggeng.

"Tidak ada masalah, sesiapa pun boleh datang kerana program kita biasanya kira-kira dua jam. Lagipun harga daging lembu yang ditawarkan juga murah," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial yang mendakwa tindakan Speaker menganjurkan program Mantai Harapan Prihatin pada tarikh yang sama dengan program Bazar Peduli Rakyat dilihat sebagai satu percubaan untuk mensabotaj program FAMA Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan: