97 ditahan sertai pesta liar di Pulau Pinang

27 daripada yang ditahan positif dadah.
27 daripada yang ditahan positif dadah.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seramai 97 orang termasuk 19 remaja bawah umur yang sedang asyik berpesta liar ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Vegas Palazzo, Bandar Prai Jaya, jam 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kesemua mereka dipercayai terlibat dengan pesta dadah dan arak dianjurkan seorang lelaki berusia 27 tahun dan remaja perempuan berusia 18 tahun.

Melalui serbuan dilakukan 12 pegawai dan anggota polis menurutnya, seramai 19 remaja yang ditahan itu terdiri daripada lapan perempuan dan 11 lelaki dan kebanyakannya dikenakan bayaran RM40 bagi menyertai pesta di dua buah bilik di pusat hiburan tersebut.

Kesemua yang ditahan direman empat hari untuk siasatan lanjut.
Kesemua yang ditahan direman empat hari untuk siasatan lanjut.

"Serbuan dibuat hasil aduan orang ramai mengenai aktiviti tidak bermoral di pusat hiburan berkenaan. Semakan pada lesen perniagaan premis itu mendapati ia sah sehingga 8 November ini.

"Bagaimanapun, pusat hiburan itu akan dikenakan tindakan kerana melanggar syarat selain menjalankan perniagaan melebihi masa," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan direman empat hari untuk siasatan lanjut, manakala ujian saringan air kencing mendapati 27 daripada mereka iaitu 16 lelaki dan 11 perempuan positif dadah.

Dalam serbuan tersebut, pihaknya turut merampas 13 biji pil ekstasi seberat 5.9 gram (g) dan ketamin seberat 4.8g.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.