Polis kesan individu bantu siasatan kes menyamar

Polis sedang mengesan individu ini.
Polis sedang mengesan individu ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur memohon kerjasama orang ramai membantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju mengesan individu yang dipercayai dapat membantu siasatan kes samun dan menyamar sebagai polis.

Menurut kenyataan Polis Kuala Lumpur, kes tersebut berlaku di kawasan Setapak.

Polis telah memperoleh lakaran fotofit individu tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju, Asisten Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly di talian 017- 2446363 / 03-92899222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Izzat Bin Mohd Shukri di talian 018-2684412 / 03-92050357.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: