65 ejen pelancongan tiga negara jelajah negeri pantai timur

Rombongan agen tersebut bergambar kenangan di Bukit Gambang Resort City dengan pakaian busana negara masing-masing.
Rombongan agen tersebut bergambar kenangan di Bukit Gambang Resort City dengan pakaian busana negara masing-masing.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 65 ejen pelancongan dari Filipina, Thailand dan Indonesia menyertai Trans East Coast Fam Trip yang berlangsung di negeri pantai timur.

Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Hafiz Hazin berkata, program empat hari itu antara satu inisiatif mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020.

"Program berkenaan adalah kerjasama Leisure Pleasure Travel and Tours, Kumpulan EMV, Tourism Malaysia dan pihak Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Datuk Md Anizam Abdul Rahman.

"Kita telah mengumpulkan ejen ini untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai tempat menarik di Pahang, Terengganu dan Kelantan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hafiz (kanan) semasa sidang media di Royal Guest House di sini.
Hafiz (kanan) semasa sidang media di Royal Guest House di sini.

Terdahulu, kumpulan ejen tersebut menyertai jelajah muzium zon pelancongan Kelantan dan menginap di Hotel Royal Guest House di sini.

Menurutnya, usaha itu juga dapat meningkatkan lagi kedatangan pelancong luar untuk menerokai tempat menarik di tiga negeri berkenaan.

Beliau berkata, Pahang mempunyai kawasan peranginan berbukit manakala Terengganu memiliki pulau-pulau bertaraf antarabangsa dan Kelantan adalah negeri gastronomik yang memiliki pelbagai keunikan makanan.

Artikel Berkaitan:

Kumpulan ejen tersebut berlepas ke Bukit Gambang Pahang, Jambatan Angkat di Terengganu, Taman Tamadun Islam, Pasar Payang, muzium di zon pelancongan Kelantan, Wat Phothikyan, Atap Singgora dan di Sudara Beach Resort untuk majlis penutup.