Penoreh getah didenda RM5,000 miliki bahan lucah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

RAUB - Saya mendapat bahan ini menerusi 'group' Telegram dalam internet dan menyesal dengan perbuatan saya," itu pengakuan seorang penoreh getah selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Raub di sini hari ini kerana memiliki bahan lucah yang disimpan dalam sebuah telefon bimbitnya.

Tertuduh, Ruziman Kamaruzaman, 27, dari Benta Pahang membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Mazelan Jamaluddin selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mazlan kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 atau 10 bulan penjara jika gagal menjelaskan denda, manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Nazrul Nizam Mohd Zamari.

Mengikut kertas pertuduhan pada 5 September 2018 kira-kira jam 11.45 pagi di hadapan sebuah premis membeli getah buku, tertuduh telah didapati memiliki sembilan keping gambar lucah dan satu video lucah yang disimpan dalam telefon bimbit jenama Redmi model Redmi Note 3.

Tertuduh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan (KK) (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 292 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu, dia bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan RM900.

Tertuduh juga memberitahu telah menyesal dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Nazrul pula meminta mahkamah supaya memberikan hukuman denda setimpal berikutan keadaan tertuduh selain telah mengaku bersalah dan kesal dengan perbuatannya.

Artikel Berkaitan:

Mazelan sempat meminta tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahannya dan kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap tertuduh.

Sebelum ini pada 23 Oktober lalu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, tertuduh dikenakan denda RM8,000 atau penjara setahun selepas bersalah menjual kandungan lucah secara dalam talian pada Julai tahun lalu.