Atlet renang muda Sarawak ditemui mati

Ayrton Lim
Ayrton Lim
A
A
A

KUCHING - Seorang atlet renang muda Sarawak yang dipercayai mengalami kemurungan ditemui mati oleh ibunya di kediaman mereka di Tabuan Laru di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, mangsa dikenali sebagai Ayrton Lim, 19, didapati tidak sedarkan diri di bahagian ruang tamu rumahnya.

“Pasukan paramedik bergegas ke lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Menurut ibu mangsa, mangsa mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Awang Din berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah.

Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana menjemput adiknya pulang dari sekolah.

Mangsa sebelum ini pernah mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (Sukma) dan dikatakan baru pulang menjalani latihan di Singapura.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Suara Sarawak