X

Kindly register in order to view this article
!

Rumah bergegar, atap tercabut

Mohd Faiz Mohd Zahari, 27, membantu ibunya membaiki atap zink tercabut.
A
A

TUMPAT - Penduduk Kampung Pantai Geting yang berumah di tepi pantai sudah lali dipukul ribut namun angin kencangnya yang dihadapi ketika ini didakwa luar biasa hingga menyebabkan rumah bergegar.

Penduduk yang juga ibu tunggal, Rohana Mamat, 52, berkata, kebiasaannya ribut berlaku sekejap namun tidak pada hari ini apabila angin kuat sepanjang hari.

“Atap zink pun tercabut, tikar getah yang dihampar atas lantai terbang. Sekali sekala rumah rasa bergegar apabila angin kencang datang. Risau juga zink diterbangkan angin, jadi saya minta anak paku semula zink yang tercabut.

“Payah juga nak panjat bumbung waktu angin kuat, mujurlah kerja membaiki bumbung atap dapat diselesaikan,” katanya.

Menurutnya, dia hanya bertawakal kepada Allah supaya dijauhkan sebarang musibah yang tidak diingini dan rumahnya tidak terkena tempias ribut siklon tropika.

“Sejak semalam lagi saya tak lena tidur apabila viral mengenai ribut siklon tropika membadai pantai di Kelantan termasuk di pantai ini. Mudah-mudahan tiada perkara buruk berlaku kerana rumah saya menghadap pantai Geting,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!