X

Kindly register in order to view this article
!

Dua beradik tiri lemas dalam tali air

Dua kanak-kanak perempuan ditemukan mati lemas dalam tali air di Parit Simpang 4, Alor Pongsu hari ini.
A
A

BAGAN SERAI - Dua kanak-kanak perempuan ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat lemas dalam sebuah tali air sedalam tiga meter di Parit Simpang 4, Alor Pongsu hari ini.

Mangsa, Nor Aliya Natasha Abdullah, 11, dan Nor Aliya Batrisha Mohamad Ali, 8, yang merupakan adik-beradik tiri ditemui orang awam sekitar jam 12.40 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Abdul Nasir Jalil berkata, kejadian membabitkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu itu berlaku hanya kira-kira 15 meter dari kediaman mereka.

Lokasi mangsa lemas hanya kira-kira 15 meter dari rumah mereka.
Lokasi mangsa lemas hanya kira-kira 15 meter dari rumah mereka.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 12.49 tengah hari.

"Sebaik tiba, didapati kedua-dua mangsa telah dijumpai orang awam. Anggota kemudiannya membuat pemantauan di sekitar lokasi dan menyerahkan mangsa kepada polis," katanya.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
Mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Laporan lengkap berkaitan kejadian masih belum diperoleh kerana polis masih dalam proses siasatan dan bedah siasat," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!