Penentu mahu Ops Naga diteruskan

Mat Yassin
Mat Yassin
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu) mahu Ops Naga diteruskan kerana mampu mengurangkan pencerobohan nelayan asing di perairan Terengganu.

Pengerusinya, Mat Yassin Mohamed berkata, keberkesanan operasi itu juga diharap dapat meningkatkan kembali hasil laut negara yang selama ini dinikmati oleh orang luar.

"Kita mahu operasi ini diperhebatkan lagi dengan bantuan agensi-agensi lain juga agar masalah pencerobohan ini dapat dikurangkan seminimum mungkin.

"Bagi memastikan ia lebih berjaya, kita harap kerajaan dapat berikan bajet yang lebih untuk Ops Naga sama ada untuk mendapatkan aset baharu atau sebagainya.

"Kita nak nelayan asing ini dibanteras habis-habisan. Sekarang kesan operasi dah ada bila banyak bot nelayan asing ditangkap," katanya kepada Sinar Harian.

Sinar Harian hari ini melaporkan lebih 4,000 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ibarat hero samudera apabila berdepan tugas berat mengawal perairan negara daripada aktiviti lanun, penyeludupan dan rompakan hasil laut oleh nelayan asing.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, bersama dengan agensi penguat kuasa lain, pendekatan yang dibuat APMM kini lebih menyeluruh bagi memastikan aktiviti jenayah rentas sempadan yang biasanya didalangi kumpulan sindiket dapat dibanteras sehingga ke akar umbi.

Mohd Zubil berkata, selepas 14 tahun penubuhan APMM, statistik tangkapan bagi pihak APMM berkurangan menunjukkan keberkesanan penguatkuasaan dilakukan agensi tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Meskipun begitu pencerobohan bot nelayan Vietnam ke perairan Malaysia khasnya di pantai timur diakui masih belum dapat disekat sepenuhnya.

“Bagaimanapun, setakat ini isu berkenaan masih boleh dikawal kerana APMM telah melaksanakan Ops Naga khususnya dari bulan April lalu, kita dah buat tangkapan Ops Naga keseluruhan berjumlah 132 kes,” katanya.