Ribut Pabuk: Pantai Batu Burok lengang

Pantai Batu Burok lengang tanpa kehadiran pengunjung ekoran ancaman ribut tropika Pabuk.
Pantai Batu Burok lengang tanpa kehadiran pengunjung ekoran ancaman ribut tropika Pabuk.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Angin kencang dan hujan lebat yang melanda beberapa kawasan negeri ini ekoran ancaman ribut tropika Pabuk menyebabkan pantai peranginan lengang tanpa kunjungan orang ramai.

Tinjauan Sinar Harian di Pantai Batu Burok di sini, tengah hari tadi mendapati kawasan itu yang sebelum ini menjadi tumpuan pelancong sunyi tanpa kehadiran pengunjung.

Keadaan itu seiring dengan larangan orang ramai mengadakan aktiviti di pantai yang dikeluarkan pihak berkuasa berikutan amaran ribut yang melanda negeri-negeri Pantai Timur.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dalam satu kenyataan berkata, ribut tropika Pabuk kini berada di kedudukan 6.1°U 104.5°T dan dijangka bergerak 15km sejam ke arah barat laut menghampiri Segenting Kra.

"Keadaan itu boleh menyebabkan hujan lebat, angin kencang melebihi 60km sejam dan laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

“Jarak ribut ini dari Bandar Kuala Terengganu adalah 179 kilometer dan Kota Bharu adalah 243 kilometer. Angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri dan aktiviti pelantar minyak,” katanya.

Menurut kenyataan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat ribut ang dikemas kini setiap 3 jam di laman sesawang JMM dan aplikasi myCuaca.

Artikel Berkaitan: