Perpustakaan Anggerik Aranda dirasmikan

Haris ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Perpustakaan Anggerik Aranda Seksyen 19, Shah Alam di sini hari ini.
Haris ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Perpustakaan Anggerik Aranda Seksyen 19, Shah Alam di sini hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Perpustakaan Anggerik Aranda yang dibuka kepada orang ramai di Seksyen 19 di sini menyediakan kemudahan bahan bacaan dan keperluan pendidikan untuk penduduk setempat.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, perpustakaan itu asalnya sebuah dewan kecil yang berfungsi sebagai pusat komuniti IT sebelum diubahsuai itu bakal menjadi tumpuan berikutan kedudukannya yang strategik.

Menurutnya, kemudahan dibina atas tapak seluas 0.108 hektar itu berhampiran kawasan golongan berpendapatan sederhana dan rendah serta dikelilingi perumahan bertingkat.

"Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sentiasa peka dan prihatin dalam menyediakan keperluan berbentuk pendidikan kepada masyarakat di Shah Alam melalui pembinaan perpustakaan awam.

"Oleh itu di sini (Perpustakaan Anggerik Aranda), ruang yang lebih luas disediakan bagi menampung pengunjung yang datang di samping memberi keselesaan kepada mereka," katanya ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Perpustakaan Anggerik Aranda Seksyen 19, Shah Alam di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa Dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Rodziah Ismail,

Terdahulu, beliau berkata, MBSA menggunakan dewan lama yang diubahsuai menjadi perpustakaan di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu kecuali Perpustakaan Anggerik Vanilla di Kota Kemuning yang menggunakan bangunan galeri jualan.

Menurutnya, projek tersebut dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Place Making and Public Space Award 2018 di Malaysian Institute of Planners Excellence Awards (MIPPEA).

Artikel Berkaitan:

"MBSA juga mempunyai perpustakaan bergerak yang beroperasi di empat sekolah agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) termasuk Sekolah Rendah Agama Merbau Sempak, Sekolah Rendah Agama TTDI Jaya, Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 19 Shah Alam.

"Penubuhan perpustakaan ini selaras dengan teras lima perancangan strategik MBSA 2016-2020 bagi merealisasikan masyarakat berilmu. MBSA juga menyasarkan membina tiga buah perpustakaan lagi untuk tempoh lima tahun akan datang di Seksyen 7, Sungai Buloh dan Setia Alam," katanya.