‘Cleopatra_X3’ kongsi gambar bersama dua kanak-kanak di IG

Status terbaru Instagram Cleopatra_X3.
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pemilik akaun Instagram, ‘Cleopatra_X3’ hari ini menjadi tumpuan warganet susulan dirinya dikaitkan mempunyai hubungan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Selain menjadi mangsa gosip, wanita yang dipercayai ibu kepada dua orang anak itu turut didakwa seorang transgender.

Di laman sosial Instagram ‘Cleopatra_X3’ didapati memuat naik empat status terbaharu hari ini berkaitan gosip yang sedang melanda wanita itu.

Dalam status terbaharunya, wanita tersebut tampil berkongsi gambar dirinya bersama dua kanak- kanak.

“Ibu tunggal bersama dua anak yang cantik. Tamatkan isu ini,” tulisnya di laman Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cleopatra bukan PA atau setiausaha saya: Syed Saddiq

Status pertama hari ini dimuat naik kira-kira empat jam lalu itu memaparkan keratan kenyataan Syed Saddiq dalam sebuah portal berita yang menafikan khabar angin tersebut.

Pemilik akaun Cleopatra berkongsi kenyataan yang dibuat Syed Saddiq di laman instagram miliknya.
Pemilik akaun Cleopatra berkongsi kenyataan yang dibuat Syed Saddiq di laman instagram miliknya.

Tidak lama selepas itu, pemilik akuan itu sekali lagi turut berkongsi kenyataan Syed Saddiq sambil mengucapkan terima kasih di ruangan komen yang merujuk kenyataan menteri itu yang menafikan dirinya adalah transgender.

Sejam selepas itu, ‘Cleopatra_X3’ memuat naik status yang meminta supaya fokus diberikan kepada isu rakyat, bukan politik fitnah dan gosip beserta tujuh keping gambar yang memaparkan berita mengaitkan dirinya dan Syed Saddiq dalam sebuah portal berita.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan reaksi sebenar wanita itu bagaimanapun belum berjaya

Terdahulu, Syed Saddiq menafikan beliau ada melantik seorang transgender menjadi pembantu peribadi atau setiausahanya.