Saya ikut jadual ditetapkan, kata Rina

Rina
Rina
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Rina Harun menegaskan beliau selalu mengikut jadual hadir ke Parlimen seperti yang ditetapkan kepadanya.

Menurutnya, beliau tidak pasti sama ada ahli Parlimen lain mempunyai jadual tersendiri namun menteri sepertinya memang ada jadual.

“Kita (menteri) memang ikut jadual, macam menteri diberi jadual hari apa yang perlu hadir dan itu kita ikut.

“Bukan menteri, saya tak pasti tapi menteri memang ada jadual hari apa yang perlu bertugas. Kalau saya, saya ikut jadual yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini.

Mengulas mengenai peringatan disuarakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan ahli Parlimen culas ke Sidang Dewan Rakyat, Rina menegaskan peringatan itu khusus untuk semua pihak.

“Peringatan dah diberi, bukan dari kerajaan sahaja, semua orang perlu jalankan tanggungjawabnya kerana mereka Ahli Parlimen yang telah dilantik untuk menghadiri mesyuarat,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau sudah memberi amaran kepada ahli Parlimen dari PH supaya hadir ke Dewan Rakyat semasa perbahasan Belanjawan 2020.

Artikel Berkaitan: