Kempen larangan merokok: Nama Neelofa dicadangkan

Pelakon, Neelofa
Pelakon, Neelofa
A
A
A

UMUM ramai sudah tahu mengenai kempen larangan merokok di premis makanan bermula 1 Januari 2019.

Dalam pada itu, perkongsian oleh seorang invidu lelaki di Twitter hari ini menarik perhatian orang ramai apabila dia mencadangkan nama pelakon terkenal, iaitu Neelofa sebagai orang berpengaruh dalam kempen larangan merokok.

Tindakan lelaki tersebut bagaimanapun mendapat reaksi positif daripada Lofa.

"Ada orang kirim dekat saya... dan tak dapat tolong tetapi terhibur dengan ini!

"Ingat ya kalian yang merokok tu, jangan merokok di tempat makan dan ikutlah panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kalau nak merokok!," kata Lofa di Twitter.

Rata-rata pembaca dan peminat Lofa turut terhibur sama dan ia telah diulang kicau sebanyak 2.8 ribu pengguna Twitter.

Artikel Berkaitan: