X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] Penyelia akaun didakwa pecah amanah lebih RM32,000

Chee Ling (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas lapan pertuduhan pecah amanah.
A
A

KUANTAN - Seorang penyelia akaun mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan pecah amanah membabitkan jumlah RM32,908.18 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

How Chee Ling, 45, membuat pengakuan itu dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

Bagi kesemua pertuduhan, Chee Ling didakwa melakukan pecah amanah dengan memasukkan lapan cek milik syarikatnya bekerja ke dalam akaun sendiri untuk kegunaan peribadi.

Cek tersebut dimasukkan secara berasingan dengan masing-masing berjumlah RM7,000, RM8,265, RM1,095.95, RM1,908.27, RM350.27, RM3,498, RM1,968.00 dan RM15,822.69.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Indera Mahkota di sini sejak 9 Januari 2017 dan terakhir pada 29 Ogos 2017.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norhayati Abdullah pada awalnya menawarkan ikat jamin RM5,000 setiap pertuduhan dengan syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah, namun Siti Aminah membenarkan Chee Ling diikat jamin keseluruhan RM24,000 dan menerima syarat tambahan tersebut.

Kes ditetapkan pada 25 November depan untuk lantikan peguam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus