Yakult giat kempen cegah kanser di seluruh negara

Siew Ling (duduk, tengah) bersama sebahagian peserta Kempen Kesedaran Kanser, Sehari Bersama Yakult di Kedah Medical Centre (KMC) semalam.
A
A

ALOR SETAR - Perintis minuman probiotik, Yakult giat mempromosikan kempen mencegah sebelum terlambat terhadap kesedaran kanser payudara dan kanser usus besar di seluruh negara pada setiap tahun.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam dan Jabatan Sains Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, Lim Siew Ling berkata, topik-topik berkaitan kanser payudara dan kanser usus diberikan tumpuan oleh pihaknya kerana ia adalah antara penyebab kematian tertinggi di negara ini.

Menurutnya, kempen tersebut digerakkan untuk memberikan penekanan tentang langkah pencegahan awal yang boleh dilakukan sendiri oleh orang awam sebelum penyakit tersebut merebak ke peringkat yang lebih serius.

Pegawai Dietitik KMC, Khir Izwan menunjukkan demonstrasi ringkas membuat minuman probiotik kurma hasil campuran Yakult dan buah kurma.
Pegawai Dietitik KMC, Khir Izwan menunjukkan demonstrasi ringkas membuat minuman probiotik kurma hasil campuran Yakult dan buah kurma.

“Kempen ini kita selitkan ceramah kesedaran oleh pakar perubatan dengan menyelitkan tips kesihatan dan mengamalkan pemakanan yang sihat. Peserta akan didedahkan tips kesihatan bagaimana untuk mengurangkan risiko kepada diri sendiri dan ahli keluarga pada masa hadapan.

“Kempen ini juga digerakkan untuk memberikan kesedaran tentang minuman probiotik yang semakin popular dan dipelopori Yakult.

"Walaupun probiotik ini sudah diwartakan dalam Akta Makanan 2017 namun ada rakyat Malaysia masih was-was dan kurang kesedaran tentang perkara ini,” katanya ketika ditemui pada Kempen Kesedaran Kanser, Sehari Bersama Yakult di Kedah Medical Centre (KMC) di sini semalam.

Kira-kira 100 peserta mengikuti ceramah kesedaran kanser payudara dan mamogram, kanser usus serta pemakanan sihat selain demonstrasi masakan oleh pakar-pakar perubatan KMC.

Siew Ling
Siew Ling

Siew Ling berkata, minuman probiotik mampu mengimbangi bakteria baik dan bakteria bahaya dalam badan, meningkatkan imun badan sekali gus mengurangkan risiko kanser.

Katanya, kajian telah dilakukan Yakult di Jepun terhadap kanser payudara dan kanser usus dan mendapati minuman probiotik mampu mengurangkan risiko terdedah kepada penyakit-penyakit tersebut.

“Kempen ini selaras dengan falsafah Yakult iaitu mencegah lebih baik daripada mengubati. Usus yang sihat juga boleh membawa kepada umur yang panjang. Kami di Yakult mahu memberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan kepada pengguna kami,” katanya.