[VIDEO] Gesekan biola Tun Siti Hasmah curi tumpuan

Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menggesek biola ketika membuat persembahan khas diiringi Penyanyi Tanah Air, Datuk Siti Nurhaliza pada Makan Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia malam ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Gesekan biola oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada Majlis Makan Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan 2019 di Wisma Perwira di sini, memukau semua tetamu yang hadir.

Isteri Perdana Menteri yang juga Penaung Tabung Pahlawan itu membuat penampilan istimewa dengan mempersembahkan empat buah lagu.

Kesemua lagu iaitu Pahlawanku, Selendang Sutera, In Your Eyes dan Coming Home itu ditujukan khusus bagi menghargai jasa pejuang-pejuang negara.

Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menggesek biola ketika membuat persembahan khas diiringi Penyanyi Tanah Air, Datuk Siti Nurhaliza pada Makan Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia malam ini.
Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menggesek biola ketika membuat persembahan khas diiringi Penyanyi Tanah Air, Datuk Siti Nurhaliza pada Makan Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia malam ini.

Ketika menyampaikan lagu Pahlawanku, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyumbangkan suara mengiringi persembahan Siti Hasmah.

Persembahan yang menyentuh hati itu turut mengundang perasaan sebak hampir kesemua tetamu yang hadir pada majlis itu.

Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menggesek biola ketika membuat persembahan khas diiringi Penyanyi Tanah Air, Datuk Siti Nurhaliza pada Makan Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia malam ini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Terdahulu, Siti Hasmah mewakili Tabung Pahlawan menerima replika cek daripada penderma korporat yang menyampaikan sumbangan kepada tabung berkenaan.

Sehingga kini, Kempen Tabung Pahlawan 2019 yang bermula Ogos lalu berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM9.1 juta.