Bomba mula ronda pantai

Hussin-Ab-Rahman
Hussin-Ab-Rahman
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan melakukan rondaan dan pemantauan di beberapa lokasi pesisir pantai di negeri ini sejak awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Penguasa Kanan Bomba II Hussin Ab Rahman berkata, sehingga 12 tengah hari ini, tiada sebarang laporan kecemasan berkaitan ribut tropika pabuk diterima di balai-balai yang terlibat.

"Keadaan masih terkawal dengan ombak yang agak kuat dan tiupan angin yang sederhana, manakala hujan pula kadangkala lebat dan sederhana.

"Kami juga ada buat pemantauan semalam pada jam 12 malam di sekitar Pantai Cahaya Bulan (PCB) dan kami dapati ombak sangat kuat dan mencecah ketinggian sehingga dua meter beserta dengan hujan," katanya dalam satu kenyataan disini.

Menurutnya, angin bertiup agak sederhana tetapi tidak melibatkan kerosakan malah kebanyakan gerai makanan ditutup awal.

"Peniaga gerai dan pengunjung dinasihatkan supaya berpindah ke tempat selamat sekiranya angin dan ombak semakin kuat," katanya.

Hussin berkata, pemantauan dan rondaan tersebut akan dilakukan sehingga pagi esok.

Artikel Berkaitan: