Kepala awak- awak tertusuk besi penarik pukat

Besi yang tertucuk di kepala mangsa.
Besi yang tertucuk di kepala mangsa.
A
A
A

KANGAR - Seorang awak-awak warga Thailand terpaksa menahan azab selama 10 minit apabila kepalanya tertusuk besi penarik pukat ketika sedang menarik pukat di atas bot majikannya di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Perlis semalam.

Pemangku Ketua Polis Kangar, Asisten Superintendan Abdul Shukor Yusoff berkat, dalam kejadian jam 10 malam semalam, mangsa berusia lingkungan 30 tahun sedang menarik pukat ke atas bot dengan menggunakan besi berkenaan.

"Ketika mengendalikan besi berkenaan, besi sepanjang hampir dua meter itu tertusuk pada kepalanya sendiri.

"Bagaimanapun kecederaannya tidak serius kerana besi terbabit hanya mengenai pada bahagian kulit kepala sahaja," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurut Abdul Shukor, mangsa dan rakan-rakannya tidak berani menarik besi terbabit keluar dari kepala dan menunggu sehingga pihak bomba tiba bagi membantu.

"Sejurus kemudian mangsa dibawa ke Unit Kecemasan, Hospital Tuanku Fauziah bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada jam 10.05 malam tadi.

"Seramai tiga anggota tiba di lokasi kejadian dan didapati seorang awak-awak sedang mengadu kesakitan berikutan besi tercucuk pada kepalanya.

Artikel Berkaitan:

"Pihak bomba memotong bahagian besi berkenaan dengan menggunakan pemotong besi sebelum mengeluarkan lebihan besi," katanya.