TPM ucap tahniah kepada Dr Serena

-Foto Twitter Wan Azizah
-Foto Twitter Wan Azizah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada saintis Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom, Dr Serena Nik Zainal atas pencapaian meraih anugerah Hadiah Penyelidikan Kanser Dr Josef Steiner 2019.

“Tahniah kepada Dr Serena Nik Zainal yang memenangi anugerah ‘The Dr. Josef Steiner Cancer Research Prize 2019’.

“Beliau adalah anak kepada tokoh perubatan negara Allahyarham Datuk Dr Nik Zainal Abidin Nik Abdul Rahman,” katanya di laman Twitternya hari ini.

Media melaporkan, Dr Serena memenangi anugerah tersebut di University of Bern di Switzerland pada Jumaat atas kejayaan menjalankan kajian untuk mempercepat penafsiran holistik genom kanser.

Dr Serena merupakan siswazah perubatan di Unit Penyelidikan Kanser, University of Cambridge di bawah tajaan Petronas. - Bernama

Artikel Berkaitan: