X

Kindly register in order to view this article
!

Tujuh rumah di Bentong dilanda banjir kilat

Banjir kilat yang melanda dua buah kampung di Bentong malam tadi. FOTO: Ihsan APM
A
A

BENTONG - [DIKEMASKINI] Tujuh buah rumah dari Kampung Manchis dan Kampung Semerting dinaiki air akibat banjir kilat malam tadi.

Banjir kilat itu melibatkan sebuah rumah di Kampung Manchis dan selebihnya di Kampung Semerting dengan jumlah keseluruhan mangsa seramai 33 orang.

Seramai empat mangsa dari Kampung Manchis dan 29 mangsa lagi dari Kampung Semerting.

Pihak APM bersama anggota bomba sukarela memberikan bantuan awal kepada mangsa terlibat. FOTO: Ihsan APM
Pihak APM bersama anggota bomba sukarela memberikan bantuan awal kepada mangsa terlibat. FOTO: Ihsan APM

Pengarah Pertahanan Awam Pahang, Penolong Pesuruhjaya (PA) Zainal Yusoff berkata, banjir kilat itu berlaku ekoran hujan lebat berlarutan kira-kira sejam bermula jam 10 malam serta limpahan air anak sungai berhampiran rumah mangsa.

Menurutnya, sehingga jam 6.45 pagi tadi tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

"Rumah mangsa yang terlibat masih selamat diduduki dan air telah surut.

"Namun ada seorang wanita berusia 47 tahun dikejarkan ke Hoshas (Hospital Sultan Haji Ahmad Shah) Temerloh kerana disyaki digigit haiwan berbisa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama anggota bomba sukarela dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah memberikan bantuan awal kepada mangsa.

Antara rumah penduduk yang dimasuki air akibat banjir kilat malam tadi. FOTO: Ihsan APM
Antara rumah penduduk yang dimasuki air akibat banjir kilat malam tadi. FOTO: Ihsan APM


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!