Robot Naseem gamatkan konvo UniSZA

Robot Naseem menyerahkan skrol kepada Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan sebelum meneruskan istiadat seterusnya. Foto: UniSZA.
Robot Naseem menyerahkan skrol kepada Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan sebelum meneruskan istiadat seterusnya. Foto: UniSZA.
A
A
A

KUALA NERUS - Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) gamat seketika dengan kehadiran Robot Naseem di atas pentas menyampaikan skrol.

Kehadiran Robot Naseem itu bukan sahaja mengundang suasana ceria malah mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 1,500 graduan, kakitangan dan ibu bapa yang berada di dalam Dewan Al Muktafi Billah Shah di sini.

Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Sistem Kualiti & Risiko, Prof Madya Engku Fadzli Hasan Syed Abdullah berkata, robot itu sebenarnya direka bentuk, dibangunkan dan diprogramkan sepenuhnya oleh UniSZA.

“Robot Naseem ini adalah hasil usaha Mechanical, Electronic, Computing and Arts Research Group (MECCA) iaitu kumpulan penyelidikan yang terdiri daripada lima pensyarah di Fakulti Rekabentuk Industri dan Teknologi (FRIT) dan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK).

“Robot ini dicetak menggunakan teknologi cetakan 3D dan mengambil masa hanya tiga minggu untuk disiapkan," katanya ketika ditemui di Majlis Konvokesyen UniSZA.

Graduan tidak melepaskan peluang merakamkan Robot Naseem. - Foto: UniSZA
Graduan tidak melepaskan peluang merakamkan Robot Naseem. - Foto: UniSZA

Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berlangsung selama empat hari bermula 14 hingga 17 Oktober.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Robot Naseem adalah robot ketiga yang telah dibangunkan oleh MECCA dan merupakan kumpulan rasmi bagi mewakili UniSZA dalam pertandingan Robocon peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Robot berkenaan diberi nama Naseem yang bermaksud Hembusan Bayu Yang Lembut bersempena lapan nilai teras yang terkandung pada 8 kelopak utama pada logo UniSZA.

Antara 8 nilai teras berkenaan asalah Ilmu, Iman dan Akhlak, Amal, Kepimpinan, Koloborasi, Keusahawanan, Transformasi dan Inovasi.