Alhamdulillah, bukan bom!

Polis mengesahkan kereta jenis Perodua Axia yang berada di kawasan itu bebas daripada bahan letupan tersebut.
Polis mengesahkan kereta jenis Perodua Axia yang berada di kawasan itu bebas daripada bahan letupan tersebut.
A
A
A
PASIR MAS - Orang ramai yang sebelum ini digemparkan dengan ancaman bom di sebuah stesen minyak di sini menarik nafas lepas apabila polis mengesahkan sebuah kereta jenis Perodua Axia yang berada di kawasan itu bebas daripada bahan letupan tersebut.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, hasil pemeriksaan teliti selama tiga jam yang dilakukan oleh Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan mendapati tiada bahan letupan ditemui sebagaimana dakwaan dibuat.

Unit Pemusnah Bom mengambil masa selama tiga jam untuk melakukan pemeriksaan rapi.
Unit Pemusnah Bom mengambil masa selama tiga jam untuk melakukan pemeriksaan rapi.



"Pada jam 8.30 malam tadi, seorang pelanggan lelaki yang merupakan pemilik kepada kereta tersebut mengatakan dia tergendar bunyi detikan seakan-akan bom jangka kepada petugas di stesen minyak berkenaan.

"Selepas itu, petugas stesen minyak berkenaan telah menghubungi polis. Sejurus menerima panggilan, kita datang dan kemudian menutup stesen minyak serta jalan disini untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:


Menurutnya, polis akan merakam percakapan lelaki berusia 29 tahun itu untuk siasatan lanjut.