Lelaki hilang seminggu ditemui kritikal

Ryan Linneman ditemui masih hidup selepas seminggu hilang dipercayai terlibat dalam kemalangan. Gambar kecil: Ryan Linneman. - FOTO:AGENSI
Ryan Linneman ditemui masih hidup selepas seminggu hilang dipercayai terlibat dalam kemalangan. Gambar kecil: Ryan Linneman. - FOTO:AGENSI
A
A
A

KANSAS CITY - Seorang lelaki dari Missouri, Amerika Syarikat ditemui kritikal selepas seminggu hilang dipercayai terlibat dalam satu kemalangan, kata pihak berkuasa semalam.

Ryan Linneman, dibawa ke hospital selepas ditemui seorang penunggang basikal, Bill Mahoney di luar jalan di kawasan hutan Rabu lalu berhampiran Interstate 470, Raytown Road.

Polis Summit Lee berkata, penunggang basikal itu pada mulanya menganggap kenderaan berkenaan sengaja ditinggalkan.

"Dia melihat seseorang di dalamnya. Pada mulanya menyangka lelaki di dalam kereta itu telah mati tetapi menyedari mangsa berkenaan masih hidup selepas beberapa minit," katanya.

Polis berkata, lelaki berusia 37 tahun itu terakhir dilihat pada 9 Oktober lalu dengan memandu sebuah kereta Honda Accord.

Kawan dan keluarga juga bimbang mengenai keselamatan lelaki itu dan melaporkan kepada pihak polis.

Polis berkata, pihaknya telah mencari namun tidak ada jejak ditemui termasuk aktiviti telefon bimbit atau kad debit dan kad kredit.

Menurutnya, polis belum dapat mengesahkan kejadian sebenar yang menyebabkan Linneman memandu di luar kawasan jalan raya.

Artikel Berkaitan:

"Dia mungkin cedera akibat kemalangan itu dan dia tidak dapat keluar dari kereta. Sekiranya penunggang basikal itu tidak datang kepadanya, saya tidak nampak bagaimana orang boleh menemuinya," katanya.

Sementara itu, keluarga Linneman berkata, ketika ini lelaki itu masih dalam rawatan dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan.- Agensi