X

Kindly register in order to view this article
!

Pam susu ibu elektrik, mudah alih

susu ibu
PAM susu badan moden dan mudah alih jenama Joylee.
A
A

Secara asasnya, penyusuan susu badan secara eksklusif antara enam bulan hingga dua tahun tahun memberikan khasiat terbaik dan membantu pembesaran bayi.

Ini disebabkan, susu ibu membekalkan nutrien terbaik yang mana kolostrum dalam susu ibu membantu menguatkan sistem imuniti bayi dan melindungi mereka daripada masalah cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

Pada masa sama, susu ibu juga mencegah masalah alahan seperti asma dan eksema termasuklah membantu perkembangan otak bayi. Bertambah istimewa, sesi penyusuan badan juga memberi peluang kepada para ibu berinteraksi dan meningkatkan kasih sayang bersama anak serta mengurangkan kos perbelanjaan membeli bekalan susu formula.

Sehubungan itu, bagi menggalakkan kelompok ibu memberikan susu badan secara eksklusif dalam suasana menyeronokkan jenama Joylee memperkenalkan produk Ipump.

Set pam susu elektrik mudah alih itu hadir dalam bentuk moden, selesa dan praktikal. Baterinya pula boleh digunakan untuk jangka masa panjang bagi ibu yang bekerja.

Ia dilengkapi butang khas yang mengawal sedutan mengikut kesesuaian.

Terdapat 27 jenis sedutan bermula daripada rendah hingga paling maksimum. Setiap pengepaman akan direkod dan dipamerkan pada skrin untuk si ibu membuat catatan.

Selain itu, ia memiliki dwifungsi iaitu proses pam dan mengurut pada satu masa. Pengepaman dengan urutan dapat meningkatkan pengeluaran susu sebanyak 100 kali dalam seminit.

Ia termasuklah, membetulkan penarikan puting bagi mengelakkan payudara kendur kerana pam berkenaan direka dalam bentuk sfera. Langkah itu bertujuan memberikan pelindungan dan proses sedutan yang selesa tanpa menarik puting.

Maklumat lanjut boleh layari www.joylee.com.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus