Robot jadi pelayan di restoran pintar

Sebuah restoran 'pintar' India Timur mengunakan khidmat dua robot sebagai pelayan di restoran tersebut.- Foto Agensi
Sebuah restoran 'pintar' India Timur mengunakan khidmat dua robot sebagai pelayan di restoran tersebut.- Foto Agensi
A
A
A

ODISHA - Sebuah restoran 'pintar' India Timur mengunakan khidmat dua robot sebagai pelayan di restoran tersebut.

Robot yang diberi nama Champa dan Chameli di Bhubaneswar itu menerima pesanan dan melayan pelanggan serta menerima arahan secara automatik seperti manusia.

Selepas berkhidmat mereka juga akan bertanya, 'Aapana Mane Khusi Ta' (Adakah anda gembira)? Mereka boleh bertanya soalan yang sama dalam bahasa Inggeris.

Sementara itu, Jeet Basha, pemilik restoran tersebut berkata, dia mendapat inspirasi itu semasa berkunjung ke sebuah restoran di Amerika Syarikat.

"Saya ingin lakukan sesuatu yang unik dan ingin membawa perkhidmatan robot ke peta dunia dengan inovasi dalam industri hotel, " katanya yang juga seorang jurutera.

Kedua-dua robot itu boleh bekerja sehingga lapan jam dan hanya memerlukan setengah jam untuk dicas semula. - Agensi

Artikel Berkaitan: