X

Kindly register in order to view this article
!

Kelantan tak perlu polemik wang RM28 juta

A
A

PASIR PUTEH - Kerajaan Pas Kelantan perlu bertenang dan tidak seharusnya mempolemikkan bayaran tunai yang diterima daripada kerajaan Persekutuan berjumlah RM28 juta adalah wang ihsan atau hasil royalti.

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Senator Datuk Husam Musa berkata, istilah royalti atau wang ihsan tidak pernah disebut dalam terma perjanjian sebagaimana yang telah dimeterai sebelum ini.

"Jadi, saya harap pemimpin Pas bertenang dan dapat berfikir secara waras dalam isu ini. Yang ada hanyalah duit tunai yang dibayar, nama itu tidak kisah.

"Kalau nama martabak pun tak apa, asalkan bayaran tunai daripada pengeluaran minyak," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kerajaan Kelantan yang menyatakan wang sebanyak RM28 juta yang diterima itu bukannya hasil royalti.

Terdahulu, Husam yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) merasmikan program Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Padi Wangi Negeri Kelantan Bhd di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Jawa, Selising di sini hari ini.

Menurutnya, pengeluaran minyak di Kelantan mempunyai empat kawasan dan tidak sama dengan Terengganu.

Husam (tengah) ketika memberi perjelasan isu berkaitan royalti minyak Kelantan di program Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Padi Wangi Negeri Kelantan Bhd di PPK Bukit Jawa, Selising, di sini hari ini.
Husam (tengah) ketika memberi perjelasan isu berkaitan royalti minyak Kelantan di program Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Padi Wangi Negeri Kelantan Bhd di PPK Bukit Jawa, Selising, di sini hari ini.

Katanya, Terengganu mempunyai satu kawasan yang tidak mempunyai pertikaian dengan tempat-tempat lain sebagaimana Kelantan.

"Kelantan ada tiga kawasan pengeluaran di bawah zon pertikaian yang belum muktamad. Hanya satu kawasan yang tidak ada masalah tersebut dan ia telah dijawab oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010 di Dewan Rakyat.

"Pengeluaran itu di bumi selatan dan pada masa itu bayaran untuk Petronas hanya berjumlah RM9 juta. Saya masih ingat kerana sayalah yang memperjuangkan perkara ini dan ketika Datuk Mohd Amar Nik Abdullah serta Datuk Ahmad Yakob masih bangkitkan hal ini," katanya.

Husam berkata, bayaran tersebut adalah kali pertama diterima kerajaan Kelantan yang disalurkan secara tunai ke dalam akaun.

Sebelum ini katanya, sebahagian bayaran itu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Majlis Agama Islam dan Adat Isitiadat Melayu Kelantan (Maik).

"Bila Pakatan Harapan (PH) ambil alih, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat polisi dan ia telah dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Presiden PH.

"Majlis Presiden PH telah bersetuju supaya pembayaran royalti atau wang tunai atas apa nama sekalipun harus dibayar kepada kerajaan negeri terlibat termasuklah Kelantan," katanya.

Husam berkata, perkara itu telah menjadi dasar dan sudah dilaksanakan sehingga secara diam-diam kerajaan Kelantan telah menerima bayaran tersebut.

Katanya, bagaimanapun Guan Eng hanya memberi respons selepas kerajaan Kelantan menegaskan mereka masih belum menerima bayaran daripada apa-apa pengeluaran minyak dari negeri ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Wang ihsan RM15.7 juta bukan royalti minyak Kelantan'

Royalti minyak: Saya hanya ikut arahan PM, kata Guan Eng


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus