Lantik Kok Lanas sebagai Exco Kelantan: Husam

Husam Musa
Husam Musa
A
A
A

PASIR PUTEH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang melepaskan jawatannya sebagai ketua pembangkang wajar dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Senator Datuk Husam Musa berkata, bukan sahaja Md Alwi, ADUN Barisan Nasional (BN) yang lain turut dilantik untuk menganggotai ahli-ahli lembaga milik kerajaan negeri.

"Bila mereka (ADUN BN) berada dalam Exco atau menjadi ahli lembaga mereka akan mengetahui amalan-amalan pembalakan kerajaan Kelantan," katanya ketika diminta mengulas tindakan Md Alwi yang secara rasmi melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Menurutnya, Md Alwi disifatkan cukup berkelayakan untuk dilantik sebagai anggota Exco kerajaan Kelantan.

Katanya, bukan itu sahaja Timbalan Menteri Besar Kelantan dilihat cukup sesuai untuk dipikul oleh ADUN Kok Lanas tersebut.

"Inilah masanya kalau Pas dan UMNO nak buktikan muafakat mereka pada rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan: