Gempar bom di stesen minyak

Polis mengawal stesen minyak di Jalan Masjid Lama, Bandar Pasir Mas selepas seorang lelaki mendakwa keretanya mengandungi bom.
Polis mengawal stesen minyak di Jalan Masjid Lama, Bandar Pasir Mas selepas seorang lelaki mendakwa keretanya mengandungi bom.
A
A
A

PASIR MAS - Pekerja dan pelanggan sebuah stesen minyak di Jalan Masjid Lama, Bandar Pasir Mas gempar apabila seorang lelaki mendakwa terdapat bom di dalam keretanya.

Lelaki yang juga pelanggan stesen berusia 29 tahun itu memberitahu terdengar bunyi seakan bom di bawah tempat duduk kenderaannya kira-kira jam 8.30 malam.

Pekerja stesen minyak berkenaan terkejut perkara diberitahu pelanggan yang hendak mengisi minyak itu kemudian menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdulllah Mohammad Piah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: