Nahas bas di Turki: MB Selangor ucap takziah

Kerajaan Selangor menzahirkan ucapan takziah kepada Allahyarham Azalan yang terlibat dalam nahas berkenaan.
Kerajaan Selangor menzahirkan ucapan takziah kepada Allahyarham Azalan yang terlibat dalam nahas berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengucapkan takziah kepada ahli keluarga seorang kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang terlibat dalam nahas bas di Turki, semalam.

Menerusi kemaskini di Facebook rasmi beliau, Amirudin turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Turki di atas usaha menyelesaikan urusan berkaitan di Turki.

"Saya dimaklumkan mengenai tragedi kemalangan melibatkan 35 orang kakitangan PKNS di Turki. Salah seorang daripadanya telah meninggal dunia. Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya," katanya.

Sebelum itu, PKNS turut mengesahkan seorang kakitangannya, Azalan Miswan meninggal dunia pada jam 11.45 pagi waktu Turki.

Menurut kenyataan itu, 10 penumpang bas yang mengalami kecederaan dilaporkan masih dirawat di Hospital Afyonkarahisar yang terletak kira-kira 300 kilometer dari Ankara.

ARTIKEL BERKAITAN: PKNS sahkan seorang kakitangan maut

Seorang rakyat Malaysia maut dalam kemalangan di Turki

Artikel Berkaitan: