Seorang rakyat Malaysia maut dalam kemalangan di Turki

A
A

SHAH ALAM [DIKEMASKINI] - Seorang rakyat Malaysia maut manakala 10 lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan bas yang mereka naiki di Afyonkarahisar, Turki hari ini.

Menurut Wisma Putra, bas tersebut membawa seramai 35 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ketika dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia.

"Mangsa kemalangan bas di Turki sedang dirawat di hospital Afyonkarahisar kira-kira 300 kilometer daripada Ankara," katanya menerusi satu kenyataan ringkas.

Mangsa yang terselamat dalam tragedi tersebut. - Foto Bernama
Mangsa yang terselamat dalam tragedi tersebut. - Foto Bernama

Dalam pada itu, menerusi satu rakaman audio yang diterima Sinar Harian, rombongan tersebut berlepas ke Turki pada 12 Oktober lalu dan dijangka pulang ke Malaysia pada 21 Oktober ini.

"Kejadian berlaku di pertengahan jalan dari Pamukkale ke Cappadocia. Kemalangan disebabkan jalan licin kerana hujan sekarang.

"Penumpang yang cedera dipindah ke tiga hospital berhampiran.

"Lain-lain tunggu penggesahan hospital dan ada enam hingga tujuh tercedera terselamat," katanya.