APMM Tanjung Sedili tahan teksi air

Dua lelaki yang menjalankan kegiatan 'teksi air' ditahan pihak APMM Zon Tanjung Sedili semalam.
Dua lelaki yang menjalankan kegiatan 'teksi air' ditahan pihak APMM Zon Tanjung Sedili semalam.
A
A
A

KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Tanjung Sedili menahan dua lelaki warga Indonesia kerana dipercayai sedang menjalankan kegiatan ‘teksi air’ di perairan Tenggara Tanjung Ramunia di sini kira-kira jam 4 petang semalam.

Pengarah APMM Zon Tanjung Sedili, Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, bot kayu tanpa tanda nama yang dinaiki dua lelaki berusia 41 dan 55 tahun itu ditahan bot ronda Maritim Malaysia setelah dilihat cuba merapati sebuah kapal dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, penahanan itu juga dilakukan bagi menguatkuasakan Pekeliling Pelabuhan No 67/2017 yang mana menghadkan bot-bot asing menjalankan perkhidmatan dalam had pelabuhan.

"Kita juga menahan lima penumpang warga Indonesia berusia lingkungan 20 hingga 54 tahun yang dipercayai merupakan kru-kru kapal dagang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zulfadli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Kastam 1967 kerana berapung-apung dalam keadaan mencurigakan.

“Selain itu, kita juga akan siasat kes ini di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 kerana menjalankan aktiviti penyeludupan migran dan Seksyen 447 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dibaca bersama pekeliling Pelabuhan 67/2017,” katanya.

Artikel Berkaitan: