Indonesia tumpaskan 22 militan

Polis memberkas suspek militan di luar sebuah rumah di Bekas, Jawa Barat pada akhir minggu lalu. - Foto AFP
Polis memberkas suspek militan di luar sebuah rumah di Bekas, Jawa Barat pada akhir minggu lalu. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Indonesia menahan sekurang-kurangnya 22 suspek militan yang disyaki merancang pengeboman dan serangan lain ditahan unit anti keganasan di Indonesia susulan insiden Menteri Keselamatan cedera ditikam pada akhir minggu lalu.

Semalam, jurucakap Polis Nasional Indonesia, Brig Jeneral Dedi Prasetyo berkata, skuad elit, Densus 88 turut merampas 10 bom paip buatan sendiri dipercayai mahu digunakan untuk serangan bunuh diri, bahan kimia untuk menghasilkan bahan letupan tersebut, senjata 'airsoft', pisau, pelan serangan, buku ekstremis, komputer riba dan telefon bimbit dalam serbuan berasingan.

Pihak berkuasa kini memburu suspek militan lain yang sering terlibat dalam kumpulan chat di media sosial dan anggota kumpulan Jama'ah Anshorut Daulah atau JAD yang menyatakan taat setia kepada Daesh.

"Antara suspek yang diberkas dalam siri operasi tersebut adalah seorang lelaki bersama anak lelakinya yang berusia 14 tahun di Bali yang merancang untuk menghasilkan bom bagi serangan ke atas polis tempatan.

"Selain itu beberapa suspek lain ditangkap pasukan komando antikeganasan di Pulau Jawa, Banten di wilayah Lampung, Jawa Barat dan Jambi serta bandar Poso yang merupakan lubuk militan di Pulau Sulawesi.

"Anggota kumpulan ini bebas untuk melakukan 'amaliah' yang bergantung kepada keupayaan mereka untuk melancarkan serangan seumpama itu," kata Dedi merujuk kepada terma Arab yang bermaksud tindakan ganas ke atas mereka yang dilihat sebagai musuh Islam.

Difahamkan, polis sedang menyoal siasat pasangan yang menyerang Wiranto, 72, dalam kejadian menggemparkan pada Khamis lalu dipercayai anggota blok JAD di Banten.

Bekas komander tentera itu mengalami kecederaan akibat dua tikaman pada perut, namun keadaannya dilaporkan stabil.

Artikel Berkaitan:

Serangan itu berlaku menjelang pelantikan Presiden Joko Widodo atau Jokowi untuk penggal kedua pentadbirannya pada Ahad ini dan kawalan keselamatan telah dipertingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga. - Agensi