Pengarah Cawangan Khas PDRM ketuai penerima darjah kepahlawanan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan bergambar bersama penerima darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis di Istana Melawati hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohamed Farid Abu Hassan.

Seri Paduka mengurniakan darjah pangkat pertama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu kepada Mohamed Farid pada hari pertama istiadat pengurniaan darjah kepahlawanan pasukan polis dan pingat keberanian polis yang berlangsung di Istana Melawati di sini.

Turut berangkat pada istiadat pengurniaan itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dua lagi penerima PGPP ialah Pengarah Pengurusan, Datuk Abd Rahim Jaafar dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad.

Pada istiadat hari ini, 326 pegawai polis menerima darjah kepahlawanan dan pingat keberanian polis.

Daripada jumlah itu, 55 menerima darjah kebesaran pangkat kedua iaitu Panglima Setia Pasukan Polis, 88 menerima darjah Pahlawan Pasukan Polis, 16 menerima darjah Kesatria Pasukan Polis sementara 164 penerima darjah Bentara Pasukan Polis.

Sesi kedua istiadat ini dijadualkan berlangsung pada Khamis ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: