Edar dadah guna bas ekspres di Kuching

Dadah dan kenderaan yang dirampas.
Dadah dan kenderaan yang dirampas.
A
A
A

KUCHING - Penahanan dua lelaki disyaki tokan membongkar kegiatan pengedaran dadah menggunakan bas ekspres sejak pertengahan 2017.

Kedua-dua suspek berusia 24 dan 25 tahun berasal dari Sibu, Sarawak itu diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di Hui Sing, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Superintendan Sahar Abd Latif berkata, serbuan kira-kira jam 7.30 malam hasil risikan dan maklumat itu telah merampas tiga paket campuran serbuk jus buah dan serbuk ekstasi seberat 84.46 gram.

"Turut dirampas adalah satu beg plastik disyaki mengandungi dadah jenis ketamin dan sepaket plastik berisi pil ekstasi.

"Dianggarkan kesemua nilai dadah ini bernilai RM3,450," katanya kepada Sinar Harian.

Sahar berkata, pemeriksaan terhadap telefon bimbit salah seorang suspek kemudian telah mendedahkan satu maklumat transaksi pesanan dadah daripada Sibu yang menggunakan bas ekspres dan dijangka tiba di Kuching kira-kira jam 10 malam.

Susulan itu, berpandukan maklumat tersebut, pasukan serbuan dengan dipandu arah oleh suspek telah pergi ke Terminal Bas Kuching Sentral.

"Bungkusan terbabit telah dituntut daripada pemandu bas terbabit dan pemeriksaan kandungan kotak tersebut menjumpai paket plastik lut sinar disyaki mengandungi dadah ketamin seberat 19.50 gram.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, polis telah menyita sebuah kereta Honda City, Honda Civic, seutas rantas emas dan sebentuk cincin yang diangar bernilai RM123,250," katanya.

Tambahnya, suspek telah direman tujuh hari sehingga Rabu depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.