Monyet 'baiki' paip bocor

Video seekor monyet menggunakan tangan dan helaian daun kering untuk menutup paip bocor jadi tular. - Foto AGENSI
Video seekor monyet menggunakan tangan dan helaian daun kering untuk menutup paip bocor jadi tular. - Foto AGENSI
A
A
A

NEW DELHI - Siapa sangka haiwan juga mempunyai rasa tanggungjawab dalam menangani isu kekurangan air yang merupakan antara masalah dunia paling tenat ketika ini.

Dalam rakaman sebuah video berdurasi 14 saat yang dikongsi seorang pengguna Twitter, Niharika Singh Panjeta, kelihatan seekor monyet berusaha untuk menutup paip yang bocor dengan menggunakan tangannya.

Malah monyet itu turut menggunakan beberapa helai daun kering untuk menghentikan kebocoran tersebut.

Dengan lebih 3,000 tontonan dan sejumlah 500 'like', video tular tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memuji kecerdikan monyet tersebut.

Terdapat juga komen mengatakan manusia seharusnya mengambil teladan daripada tindakan monyet itu dan tidak membazir air.

"Haiwan juga pandai menjimatkan air, kenapa manusia tidak berbuat perkara sama," tulis seorang netizen di laman Twitter. - Agensi

Artikel Berkaitan: