Pedofil Britain ditemui mati dalam penjara

Richard Huckle
Richard Huckle
A
A
A

ENGLAND - Seorang pedofil warga Britain yang sedang menjalani hukuman penjara kerana pelbagai kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia ditemui mati di Penjara Full Sutton semalam.

Jurucakap Perkhidmatan Penjara berkata, Richard Huckle, 33, dari Ashford, Kent meninggal dunia dalam kurungannya dipercayai akibat ditikam.

Pada 2016, bekas jurugambar itu dijatuhi 22 hukuman penjara seumur hidup pada 2016 selepas mengaku melakukan 71 kesalahan terhadap budak berusia antara enam bulan hingga 12 tahun antara 2006 hingga 2014.

Sebelum ini, nama Huckle menjadi sebutan selepas dilapor telah mencabul sehingga 200 kanak-kanak, kebanyakannya daripada komuniti miskin di Kuala Lumpur ketika berada di Malaysia sebagai guru Bahasa Inggeris pada usia 18 atau 19 tahun.

Lebih 200,000 gambar dan video lucah Huckle melakukan serangan seksual terhadap mangsa kanak-kanak turut ditemui pasukan penyiasat.

Rakaman tersebut kemudian dikongsi lelaki terbabit bersama pedofil lain di laman web tersembunyi atau dark web. - Agensi

Artikel Berkaitan: