PM Kanada pakai jaket kalis peluru hadiri kempen pilihan raya

Justin Trudeau dikawal rapi petugas keselamatan ketika menghadiri kempen pilihan raya di Toronto. -Foto The Canadian Press
A
A

MONTREAL - Gara-gara menerima ancaman keselamatan, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dilaporkan memakai jaket kalis peluru dan dikawal ketat petugas keselamatan ketika menghadiri kempen pilihan raya di Toronto semalam.

Trudeau yang tiba lewat ke acara disertai kira-kira 2,000 hadirin itu dikerumuni petugas keselamatan ketika bertemu penyokongnya.

Menurut stesen penyiar CBC yang memetik sumber Parti Liberal, petugas keselamatan berada di lokasi setelah menerima ancaman keselamatan, namun pasukan kempen Perdana Menteri itu enggan mengulas lanjut.

Sophie Gregoire Trudeau yang dijadual membuat penampilan bersama suaminya juga dilaporkan tidak hadir ke acara berkenaan, lapor media tempatan. - AFP