Bersatu tubuh koperasi bantu tingkat ekonomi ahli

MOHD RIDZUAN ABU HASSAN

Mohd Redzuan bersama ahli jawatankuasa penaja dan ahli pada majlis tersebut di Auditorium Angkasa hari ini.
Mohd Redzuan bersama ahli jawatankuasa penaja dan ahli pada majlis tersebut di Auditorium Angkasa hari ini.
A
A
A

KELANA JAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menubuhkan Koperasi Pribumi Bersatu Malaysia Berhad (KO-BEST) dengan menyasarkan penyertaan 50,000 ahli parti itu dan pribumi menjelang tahun depan.

Pengerusi penaja, Datuk Mazlan Hashim berkata, koperasi merupakan platform terbaik bagi menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi ahli.

Menurutnya, KO-BEST mempunyai tiga pelan kemakmuran bersama bagi keuntungan jangka pendek, sederhana dan panjang dalam tempoh 2019 hingga 2050.

"Fungsi utama KO-BEST adalah perkhidmatan dengan menumpukan ketika sektor utama seperti agro, teknologi, peruncitan, yayasan dan pembangunan.

"Kita akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk koperasi lain, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat dalam serta luar negara.

"Kita jua akan membantu anggotanya yang ingin menjadi usahawan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian dan mesyuarat agung permulaan KO-BEST di Auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) hari ini.

Majlis disempurnakan Menteri Pembangunan Ushawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Mazlan berkata, koperasi berkenaan menyasarkan pengumpulan modal melalui beberapa cara seperti yuran keahlian RM100 dan pelaburan saham ahli, RM250.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, jika berjaya menerima penyertaan 50,000 ahli Bersatu dan pribumi, koperasi bakal memperoleh modal sebanyak RM17.5 juta