X

Kindly register in order to view this article
!

Angka kematian Taufan Hagibis meningkat 25 orang

Pasukan SAR melakukan operasi memindahkan penduduk yang terperangkap selepas kediaman mereka dinaiki banjir di wilayah Saitama.
A
A

Ayat FB: 15 mangsa masih hilang dan lebih 100 cedera

TOKYO - Angka kematian akibat Taufan Hagibis yang membadai bahagian tengah dan timur Jepun hari ini meningkat kepada 25 orang.

Laporan Kyodo News yang memetik kenyataan pihak berkuasa menyebut, seramai 15 mangsa masih hilang dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.

Hagibis yang membawa hujan lebat dan angin kencang mula membadai negara matahari terbit itu semalam.

Bencana tersebut turut menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir kilat.

Lebih 100 orang dilaporkan cedera manakala ratusan ribu penduduk terutama di Tokyo dinasihatkan berpindah.

Stesen penyiaran awam NHK melaporkan, rumah di sepanjang sungai Chikuma di bandar Nagano hampir ditenggelami sepenuhnya sehingga memaksa penduduk memanjat bumbung untuk menyelamatkan diri.

Sekurang-kurangnya seorang penduduk terpaksa diselamatkan menggunakan helikopter penyelamat. - Agensi

Keadaan bandar Akihabara sebelum dan selepas.
Keadaan bandar Akihabara sebelum dan selepas.

Sementara itu, keadaan bandar Akihabara yang juga bandar elektrik terkenal di Jepun umpama bandar hantu atau 'ghost town' selepas Taufan Hagibis melanda semalam.

Taufan paling besar dan amat kuat membawa hujan lebat dan angin kencang membadai kawasan Tokyo, Shizuoka dan bahagian utara Jepun, Chiba itu mengakibatkan gangguan kepada sistem pengangkutan dan gangguan bekalan elektrik.

Sebanyak 1,929 penerbangan antarabangsa dan domestik juga dibatalkan selepas Taufan Hagibis membadai bahagian tengah dan timur Jepun semalam selain pengangkutan utama terjejas seperti perjalanan kereta api, malah sesi persekolahan di Tokyo juga ditutup.

Menerusi Twitter Chestboy, rakaman keadaan bandar Akihabara berdurasi empat saat tular di media sosial memaparkan keadaan bandar itu lenggang dan hanya papan digital berfungsi.

Gambaran itu seolah-olah berada di 'ghost town' apabila suasana sunyi sepi tanpa penduduk dan sehingga kini, rakaman itu meraih lebih 3.5 juta tontonan.

Chestboy turut memaparkan realiti gambaran sebenar setiap hari di bandar elektrik yang pastinya sesak dengan penduduk mahupun pelancong.

Bagi mereka yang belum berpeluang menjejakkan kaki di Akihabara, bandar ini menempatkan pelbagai kedai menjual barangan selain pelbagai barangan elektrik dengan harga yang murah.

Terdapat kedai robot, permainan video retro seperti NES selain menjual komputer hingga ke audio.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!