Kelantan sedia kaji semula kenaikan bayaran urusan hartanah

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU - Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Kelantan diminta untuk mengemukakan maklum balas kepada kerajaan negeri berhubung kenaikan kadar bayaran pendaftaran urusan hartanah di negeri ini, yang berkuatkuasa, tahun ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, berdasarkan makluman terdahulu, kadar bayaran berkenaan sebenarnya tidak pernah dikaji sejak 30 tahun lalu.

Menurutnya, kenaikan itu sepatutnya dibuat pada 2015 namun terpaksa ditangguh kerana masalah teknikal.

"Ia sudah dijalankan sejak semalam tapi bila ada rungutan, kita perlu buat tindakan lanjut.

"Sudah menjadi kebiasaan, jika ada komplen, kita akan semak semula isu itu," katanya, selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, surat pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Kelantan kepada Pentadbir Tanah dalam Negeri berhubung kenaikan kadar bayaran berkenaan, mula tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Artikel Berkaitan: