Turki neutralkan 415 pengganas di Utara Syria

Penduduk puak Kurdish melarikan diri selepas Turki meningkatkan operasi ketenteraan mereka di timur laut Syria semalam. - Foto AFP
Penduduk puak Kurdish melarikan diri selepas Turki meningkatkan operasi ketenteraan mereka di timur laut Syria semalam. - Foto AFP
A
A
A

ANKARA - Seramai 415 pengganas Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan Unit Perlindungan Rakyat (YPG) yang ditahan dalam operasi ketenteraan yang dilancarkan Turki di utara Syria, telah dinuetralkan, memetik Kementerian Pertahanan pada Sabtu.

Dineutralkan membawa maksud pengganas yang menyerah kalah atau terbunuh atau ditawan.

Agensi berita Anadolu melaporkan jumlah itu didedahkan menerusi ciapan kementerian ketika Operasi Peace Spring masih diteruskan di utara Syria.

Turki merancang menempatkan dua juta orang Syria di Zon Keselamatan seluas 30 kilometer yang akan diwujudkan di Syria, bermula dari Sungai Euphrates ke sempadan Iraq, termasuk Manbij.

Kawasan seluas 4,000 kilometer persegi di Syria berjaya dibebaskan daripada cengkaman kumpulan pengganas dalam dua operasi rentas sempadan berasingan sejak 2016 iaitu Operasi Euphrates Shield and Operasi Olive Branch. Semasa Operasi Euphrates Shield, pasukan Turki telah meneutralkan 3,060 pengganas Daesh.

Sejak 2016, operasi Perisai Euphrates dan Olive Branch di barat laut Syria berjaya membebaskan wilayah itu daripada cengkaman keganasan PKK dan YPG serta Daesh, membolehkan 400,000 rakyat Syria yang melarikan diri dapat pulang semula ke rumah mereka.

Dalam kempen keganasan lebih 30 tahun terhadap Turki, PKK - disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Turki, AS dan Kesatuan Eropah - bertanggungjawab menyebabkan kematian 40,000 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi. - Bernama

Artikel Berkaitan: