Majikan berdepan tindakan jika enggan beri cuti bersalin 90 hari

Kula Segaran (tiga dari kanan) menyampaikan Anugerah Majikan Prihatin 2019 hari ini.
Kula Segaran (tiga dari kanan) menyampaikan Anugerah Majikan Prihatin 2019 hari ini.
A
A
A

IPOH - Kementerian Sumber Manusia akan mengambil tindakan sekiranya majikan swasta enggan memberi cuti bersalin selama 90 hari.

Menterinya, M Kula Segaran berkata, majikan disarankan untuk mematuhi pengumuman yang telah dibentangkan pada Belanjawan 2020 semalam.

“Kita mengikut standard antarabangsa. Anda perlu mengikut standard itu. Sekiranya tidak ikut, anda akan berhadapan masalah.

“Sekiranya penjawat awam boleh lakukan, kenapa tidak sektor swasta. Kita akan ambil tindakan sekiranya enggan untuk mengikut perkara itu kerana ia bermula pada 2021,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Prihatin JobMalaysia 2019 di Taman Tema Animasi Studio (MAPS) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai berita usahawan wanita terkenal, Chris Ng tidak bersetuju dengan usaha kerajaan untuk menaikkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari ke 90 hari mulai 2021.

Christy juga tidak mahu wanita tidak dapat bersaing dalam tenaga kerja dan mengelakkan pihak majikan hanya memilih lelaki untuk kedudukan peringkat atasan di tempat kerja berbanding wanita.

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada pembentangan Belanjawan 2020 mengumumkan tempoh cuti bersalin dipanjangkan daripada 60 hari ke 90 hari mulai 2021.

Kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 meliputi empat perkara termasuk tempoh cuti bersalin, bagi memastikan akta tersebut kekal relevan dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa.

Artikel Berkaitan: