Tempat baharu ambil penumpang khidmat e-hailing di KLIA

No Image Caption
A
A
A

MALAYSIA Airports Holdings Bhd menyediakan tempat baharu untuk perkhidmatan e-hailing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 berkuat kuasa semalam.

Kawasan baharu untuk khidmat e-hailing di Terminal KLIA ditetapkan di pintu 3 dan 4, aras 1 bangunan Terminal Utama (MTB) KLIA dan pintu 5, aras 1 hab pengangkutan di KLIA2.

Malaysia Airports berkata, pemandu e-hailing sebelum ini mengambil penumpang di aras 3 balai ketibaan di KLIA dan aras 2 balai ketibaan di KLIA2.

"Dua tempat itu sudah dinaik taraf dengan kemudahan menunggu yang selesa untuk penumpang," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Inisiatif baharu oleh pengendali lapangan terbang itu dengan bantuan agensi kerajaan yang berkaitan bertujuan menambah baik aliran trafik selain memastikan sistem pengangkutan awam yang lebih sistematik di lapangan terbang.

Malaysia Airports menyediakan kawasan menunggu secara percuma untuk pemandu e-hailing di pejabat Operasi Landside yang hanya lima minit dari terminal sebelum mengambil penumpang mereka.

"Pemandu diingatkan bahawa penalti RM10 akan dikenakan jika mereka masih berada di lorong mengambil penumpang lebih dari lima minit dan penalti tambahan sebanyak RM10 akan dikenakan sekiranya pemandu terus

menunggu untuk tempoh lima minit seterusnya," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: