Selangor perintis Bandar Pintar menjelang 2025

Amirudin
Amirudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri akan merangkumkan beberapa inisiatif ke arah menjadikan Selangor sebagai perintis Bandar Pintar yang pertama menjelang 2025.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, banyak agensi dan pihak berkuasa tempatan sudah bersedia untuk berhadapan ke arah merealisasikan Selangor sebagai Bandar Pintar.

"Saya percaya Selangor mampu menjadi Bandar Pintar cuma kita memerlukan usaha lebih lagi dan beberapa perancangan yang akan dirangkumkan menerusi pembentangan nanti.

"Jika sebut berkenaan Bandar pintar, Selangor berada di hadapan dan itulah asas urus tadbir kami sejak 2016 bagi menjadikan negeri ini sebagai Bandar Pintar pertama menjelang 2025," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Ekonomi Digital dan Selangor Bandar Pintar di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Katanya, konvensyen Bandar Pintar ini menunjukkan peningkatan dalam penyertaan pelbagai agensi dan syarikat.

"Saya percaya dengan keterlibatan mereka kita sudah bersedia untuk melangkah lebih jauh sekali gus merealisasikan visi Selangor sebagai Bandar Pintar," katanya.

Artikel Berkaitan: