X

Kindly register in order to view this article
!

Belanjawan 2020: CAKE sambut baik GST tidak dilaksana semula

Mohamad Yusrizal
A
A

ALOR SETAR - Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) menyambut baik usaha kerajaan meneruskan pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Setiausahanya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, GST tidak dilaksana semula membuktikan kerajaan mendengar suara rakyat.

Menurutnya, rata-rata pengguna di seluruh Malaysia tidak bersetuju dengan GST kerana ianya membebankan pengguna dan juga sistem percukaian ini mengelirukan para pengguna di setiap golongan.

"Golongan yang berpendapatan rendah paling merasa apabila sistem ini diperkenalkan kerana sebelum ini.

"Apabila GST diperkenalkan banyak barangan keperluan harian meningkat naik harganya dan menyebabkan kos sara hidup pengguna juga meningkat," katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas pengumuman Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa kerajaan tidak berhasrat melaksanakan semula GST dalam pembentangan Belanjawan 2020 di Parlimen hari ini.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!