LTTE: Yang salah tetap salah, kata Saravanan

M. Saravanan
M. Saravanan
A
A
A

KUALA LUMPUR - “Yang bersalah tetap bersalah, yang tidak bersalah jangan menganiaya,” kata Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penangkapan beberapa individu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP semalam yang dikaitkan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Menurutnya, isu tersebut melibatkan keselamatan negara dan mereka yang didapati bersalah akan tetap dianggap sebagai bersalah.

“Kalau ada bukti, ikut sistem perundangan sedia ada,” katanya kepada media ketika menyertai sidang akhbar blok pembangkang di lobi Parlimen petang tadi.

Tujuh individu termasuk dua ADUN DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan ditahan semalam kerana disyaki mempunyai hubungan dengan LTTE.

Kedua-dua ADUN terbabit dikesan menghadiri program Hari Perwira LTTE di Melaka pada 28 November tahun lalu dan memberikan ucapan berunsur sokongan terhadap kumpulan pengganas terbabit selain turut mengedarkan risalah berkaitan kumpulan itu.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan, polis tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu yang menyokong dan mempromosi kumpulan pengganas.

Menjawab dakwaan sesetengah pihak bahawa LTTE bukan kumpulan pengganas, Ayob Khan berkata, perkara itu tidak boleh dibandingkan dengan negara lain.

Artikel Berkaitan:

Tegas beliau, LTTE telah disenarai sebagai kumpulan pengganas sejak tahun 2014 bukan sahaja di Malaysia tetapi di Amerika Syarikat, India dan Sri Lanka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin sokong LTTE perlu ditangkap dan didakwa: Mufti Perlis